| muslimah "loser" |
Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum...
Aku muslimah,aku pelajar dan aku seorang anak gadis.
Aku muslimah kerana aku membesar dalam suasana islam.Aku ada Allah.Hidup dan matiku hanya padanya.Aku berpakaian menurut syariah, kerana auratku melambangkan maruahku.Aku bersyukur diriku dilahirkan dalam Islam meski diri ini masih terkapai-kapai mencari keredhaan-Nya.
Aku pelajar.Aku berjaya melanjutkan ke universiti walaupun result spm ku biasa-biasa je.Namun,bidang yang ku ambil ku rasakan tidak kena ngan diri.Aku amat meminati seni dan IT.Kadang-kadang ku rasa bolehkah aku catchup apa yang lecturer ajar??persoalan itu sering bermain difikiranku.
Aku anak gadis.Dan aku anak tunggal.Aku mendapat sepenuhnya kasih-sayang dari kedua ibu bapaku.Sungguh aku amat menyayangi mereka lebih dari diriku sendiri.Tapi mengapa aku rasakan diri ini tidak menjalankan sepenuhnya tugas aku sebagai seorang anak..??Aku merasakan diri ini banyak salah pada ibu bapaku..
Ahh...aku muslimah loser.Aku selalu merungut akan apa yang Allah kurniakan padaku.Ya Allah tetapkanlah imanku...Mama Abah maafkan diri ini jua...benar aku amat menyayangi kalian dan walau apa jua tingkahku,namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku.Ampunkan dosa anakmu ini Mama Abah.Dan aku sentiasa berdoa semoga kita akan dipertemukan lagi di syurga..insyaallah...amin~
No comments:
Post a Comment