| muslimah sejati |
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Kebelakangan ini, ana tersedar...adakah kedewasaan itu makin menghampiri hidup ana?kedewasaan dari segi percakapan,perbuatan dan tingkah laku diri ana sendiri...Rupa-rupanya bukan kedewasaan ini makin hampir tapi ia sedang mendakap diri.
Ya ...Ana kini sudah dewasa.Bagi diri ana bukanlah umur seseorang itu yang mejadi kegerunan,tetapi kedewasaan itu yang mengundang debaran....Ingin menjadi dewasa bukan satu kerja yang mudah.
Hendak atau tidak semua orang akan mlaluinya jika diizinkan Allah.
Semakin hari semakin banyak perkara baru yang menyinggah dalam hidup.Sedikit demi sedikit ia akan membina kematangan .Mewujudkan satu rasa yang sukar ditafsirkan.TAKUT dan BIMBANG.Takut kerana sedar akan tanggungjawab yang semakin bertambah.Bimbang akan cabaran yang setia menanti.Namun,bersangka baik dengan Allah itu merupakan sebaik-baik tindakan.
Semoga ana berjaya mengadapi cabaran dengan kematangan.
InsyaALLAH
No comments:
Post a Comment