
Wahai muslimah...Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .
Madu itu maruah seoarang wanita. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ? Baiklah, saya sangat faham situasi ini kerana saya sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan sahabat-sahabat, saya sudah nampak jalan penyelesaian.
Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat.Saya faham, perasaan cinta itu satu fitrah.Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja.
Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .
Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah
” Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih”.Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian. Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment