Saturday, 23 November 2013

Cerita Muslimah..."AKU INGIN SETABAHNYA"

Kisah ni berpandukan kisah sebenar yang sedang dilalui oleh seorang muslimah...
kisah nya bermula apabila dia mengenali seorang muslimin...

Dia,muslimah seorang yang peramah,suka membantu orang,kuat merajuk,sangat disenangi oleh teman2 rapatnya..

Dia,muslimin,,, seorang yang agak peramah,sangat baik hati,pandai menjaga hati teman2 nya,seorang yang  sangat setia kawan(menurut muslimah)

muslimah bercerita kepadaku...

dia mula dipertemukan dengan si muslimin dengan takdir Allah.. Dia berkenan untuk menjadi kawan si muslimin oleh kerana keramahan mulutnya.. baik hatinya,,, jadi dia menjadi semakin ingin tahu kepada si muslimin...


si muslimin pun selalu menceritakan perihalnya kepada dia.

semakin hari.. mereka semakin rapat.. bagi si muslimah .. si muslimin ini lah teman rapatnya di kalangan lelaki...

tiba2 suatu hari muslimah mendapat mesej yang agak berlainan dari si muslimin...

Kata hatinya..."mungkin dia nak bergurau"
Jadi si muslimah rasa agak berlainan dangan layanan si muslimin...

'Ya Allah jaga hatiku"


Dia tetap menganggap itu cuma permainan dari si muslimin...

mungkin hanya sekadar gurauan kepada kawan...
Makin melegakannya si muslimin menggelarkan  nya sebagai teman rapat,...alhamdulillah...
hatinya terjaga...

Dan pada suatu hari si muslimin memberi sesuatu menyebabkan dia terhutang budi kepada si muslimin...

Hatinya tetap mengatakan ini hanya mainan dari muslimin..
pabila malam menjelma...

tiba2 hati si muslimah terusik...

Adakah ini...???
Ya Allah jauhkan lah aku dari perasaan ini.. jaga hatiku...
Wanita cepat terusik hanya dngan satu keprihatinan daripada sang adam...
Jadi.. si muslimah mengambil keputusan untuk tidak membiarkan perasaan ini muncul dengan tidak memberi mesej ,kata2 lagi kepada si muslimin...
benar kata orang.. lelaki dan wanita sukar menjadi teman..
pada suatu malam tu.. si muslimah melakukan solat istikharah agar Allah berikanny petunjuk...

dan pabila si muslimah ni tidur dia bermimpikan sesuatu...

Jadi mulai hari tu si muslimah menjauhkan diri daripada si muslimin..tapi semakin dia cuba menjauhi... semakin ada sahaja cubaan yang datang...

Menurut cerita muslimah.. dia tak layak mendapat lelaki sebaik si muslimin..sebab dia mempunyai masa silam yang kelam...dia adalah serikandi yang mempunyai silam yang kelam... Jadi si muslimah mengatakan dalam hatinya dia tidak layak berdampingan dengan muslimin sebaik itu...
Oleh kerana itu.. si muslimah bertekad di dalam hati untuk memperbaiki diri... menjadi anak solehah...
untuk melupakan si muslimin amat sukar.. walaupun dia hanya sekadar teman rapat..

kata nya lagi.. mungkin si muslimin hanya menganggapnya sebagai adik... tapi ketahui lah hati wanita lembut.. dia mudah terusik....

Jadi untuk menjaga hatinya.. si muslimah bertekad untuk menjauhinya...
bagi muslimah biarlah dia tidak mempunyai teman lelaki atau kawan lelaki kerana gelaran itu dia berikan kepada sang suami....
katanya lagi.. kalau jodoh itu yang ditetapkan oleh Allah untuknya dia amat bersyukur...
tetapi jikalau bukan.. dia redha...
mungkin ada orang lain Allah tetapkan untuknya...
bagi si muslimin... dia meminta maaf.. sebab tak dapat berkelakuan seperti biasa...
Dia tahu itu salahnya sebab mempunyai perasaan itu.. dan ketahuilah wahai muslimin... si muslimah ini sedang mencipta diri untuk menjadi solehah...
jadi bantulah dia...
jangan hanyutkan dia... selalu lah tegur kesalahnnya... mungkin si muslimah salah faham akan hubungan rapat ini...

aku pun berkata lah..". muslimah.. kenapa tak suruh dia masuk meminang je kalau dia suka muslimah..?"
muslimah menjawab...

 "masih terlalu awal.. banyak lagi tanggungjawab kami di muka bumi ini selain mengejar alam perkahwinan... berat tanggungjawab mendirikan masjid ni... lagipun ana tak tahu dia menyukai ana ataupun tidak.. jikalau dia mempunyai rasa yang sama seperti yang ana rasa.. baik dia simpankan dulu... sama seperti apa yang ana lakukan sekarang ni... simpan.. jika dia jodoh ana suatu hari nanti... ana akan ungkapkan juga perasaan ana kat dia... biar semua itu terjadi sepas nikah..."


"jadi.. enti nak buat apa sekarang?"


" ana sedang mempersiapkan diri untuk menjadi solehah... nanti kalau enti jumpa dia.. cakap ngan dia.. ana minta maaf banyak2 sebb  menyusahkan dia selama mereka berkawan... mungkin sekarang ni tidak kelihatan bagaimana persiapan ana ni.. sebab ana baru bermula...  jangan lah ejek ana... ana tahulah dulu ana bukan seperti yang sekarang... ana perlukan bantuan.. bantu ana ye??"


menangis.. itu yang aku tahu... aku mahu jadi sekuat muslimah ni...

tapi aku tiada dorongan.. bantulah aku... tolonglah aku... aku betul2 tak mampu.. tapi aku mahu jadi seperti muslimah ni... menangis,menangis,menangis.......:'(

Wednesday, 20 November 2013

Ada Hikmah DiSetiap Ujian

kepentingan menulis diari

Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?

Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.

Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian

Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.

Ibnu Al-Jauzy berkata,

“Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?“

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Sebaliknya, tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja dan menitiskan air mata kerananya.

Bila Hikmah itu akan muncul?

Boleh jadi pada waktu itu juga, selepas seminggu, sebulan atau bertahun lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap akan muncul.

Setiap kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga. Semasa perkara itu terjadi, kita perlu bersedia menghadapinya.

Daripada bertanyakan mengapa, lebih baik kita fokuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menghadapi keadaan ini.

Thursday, 7 November 2013

Duhai Muslimah...Mahalkan Mahar Maruahmu


Wahai muslimah...Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .

Madu itu maruah seoarang wanita. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ? Baiklah, saya sangat faham situasi ini kerana saya sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan sahabat-sahabat, saya sudah nampak jalan penyelesaian.

 Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat.Saya faham, perasaan cinta itu satu fitrah.Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja.

Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .

Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah
 ” Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih”.
 Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian. Wallahu’alam.

Tuesday, 5 November 2013

Allah...Aku Ingin Berubah


Kadangkala kita ini dah ada ilmu,dah jaga aurat,dah elok dari segi pemakaian,bertudung labuh,berpurdah,berkopiah,berserban.Cuma, yang kurang eloknya kurang menjaga IKHTILAT DI FACEBOOK.

Memang sukar menemui insan yang terjaga dirinya, bukan sahaja di alam nyata juga di alam maya.Kadangkala melihat ramai teman-teman yang tidak segan silu berchatting dan berborak di laman-laman sosial,mungkin kita tidak pernah melihatnya berbual dengan berlainan jantina di luar,tapi lain pula bila di laman sosial, perasaan malu dan prinsip hilang sama sekali..Ingat pahala dan dosa,dan yang penting jangan lagha.

Jagalah maruah kita, meskipun hanya di alam maya.
Janganlah di alam realiti kita pemalu bukan kepalang, jalan tertunduk merenung bumi, tapi di alam maya...kitalah PALING LINCAH bersenda gurau dengan lelaki ajnabi, bercakap perkara yang tidak perlu..
kitalah yang PALING AKTIF stalk gambar-gambar lelaki ajnabi,
dan kitalah yang PALING MANJA sekali bergambar dan upload di facebook..
Allahurabbi.... ='(

Sunday, 3 November 2013

Kisah Hati


Kisah Hati siapa ya?

Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya.


Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul – yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim.

Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam.

“Ana dah jatuh hati pada enti..”

Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-buat itu membuatkan hatinya tercuit. BENAR. Hati seorang perempuan mudah disentuh, mudah dilenturkan. TAPI jangan kalian yang bergelar lelaki lupa bahawa kami sentiasa ada Allah yang menjaga kami, yang mengawasi setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa mengerti isi hatimu.

Rupa-rupanya, ada kekurangan pada ayat itu yang membuatkan kami tahu bahawa ini bukanlah cinta yang sebenar yang indah.

“Ana dah jatuh hati pada enti…DAN mahu menjadikan enti sebagai isteri.”

JANGAN dilafazkan kata ‘suka’ kalau masih belum bersedia. Kalau hanya sekadar ‘suka-suka’. SOAL HATI bukanlah mainan. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan, kecacatan.

Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. BERILMU dan BERAKHLAK mahmudah, sungguh indah sekiranya dipadankan.

Sudah cukup Allah bagiku. Terasa indah setiap kali bersamaNya. BENAR. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.

Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh INDAH Islam mengatur perjalanan hidup mereka.

Oleh sebab itu, jangan sesekali melafazkannya kalau kalian tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki. Kerana hati mereka sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai dan mengasihi dan sentiasa dipelihara oleh Allah.