Thursday, 31 October 2013

Mengapa Ingin Bercinta Sebelum Nikah?


Para remaja sekarang banyak terdedah kepada fenomane "ingin bercinta". Sudah menjadi lumrah nafsu.. sama ada lelaki mahupun wanita mempunyai naluri dan fitrah yg sama..tetapi yg menjadi persoalannya adalah APAKAH KITA MENURUTI KEINGINAN ITU..ATAUPUN KITA BERUSAHA UNTUK MENGAWALNYA?

Alangkah bahagianya mereka yg mampu menahan diri mereka drp merasai nikmat bercinta sebelum nikah..kerana nikmat bercinta selepas bernikah itu JAUH LEBIH BAIK dan JAUH LEBIH SEMPURNA.
Sejauh mana dan sekuat mana kita dapat mengawal godaan nafsu syahwat.. maka sejauh itulah Allah akan 'membayar' kembali dengan nikmat yg jauh lebih baik drp apa yg telah kita tahan semata2 kerana mentaatiNya..

Renungkanlah firman Allah ini yg bermaksud:

"Dan adapun orang-orang yang TAKUT kepada kebesaran TUHANNYA..dan MENAHAN DIRI dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sesungguhnya SYURGA adalah tempat tinggal(nya)."
(Surah Annaazi'aat: ayat 40-41)

______________________________________________

Allah sedang menguji kita..untuk melihat siapakah yg terbaik amalannya di antara kita..

Amatlah malang mereka yang menuruti keinginan nafsu mereka dengan berlazat-lazat merasai nikmat bercinta sebelum bernikah kerana MEREKA TELAH "MENCURI" NIKMAT YANG SEPATUTNYA MEREKA DAPAT SETELAH BERNIKAH..sejauh mana kita merasai nikmat bercinta sebelum bernikah maka sejauh itulah nikmat bercinta selepas nikah akan ditarik oleh Allah..

Saya pernah membaca pendedahan yang dilakukan oleh seorang wanita yg cukup bahagia melakukan zina sebelum bernikah..tetapi dia tidak lagi merasakan apa-apa nikmat kebahagiaan selepas bernikah..selalu terjadi pergaduhan, tiada persefahaman diantara pasangan..tiada perasaan kasih sayang..dan hidup dalam keadaan sentiasa bersedih dan tertekan..mengapa berlaku begini? Ini kerana dia telah "MENCURI" HAK ALLAH yang sepatutnya dia dapat selepas bernikah..

Apakah untungnya kita merasai nikmat bercinta untuk beberapa tahun sebelum bernikah.. tetapi kita kesunyian drp merasai nikmat tersebut untuk tempoh yang lebih panjang selepas bernikah?

Tahanlah keinginanmu semata-mata kerana mentaati Allah..pastilah ia tidak akan sia-sia..

Monday, 28 October 2013

Usah Bermain Dengan Perasaan Wahai Muslimah


Sekiranya kita sedang mengalami kegagalan bercinta,

Jangan bermain dengan perasaan,

Kerana ia akan menjadikan diri kita lemah

Dalam menangani situasi ataupun membuat keputusan, lelaki biasanya lebih mendahulukan akal. Manakala sifat wanita lebih mengutamakan perasaan.

Sifat mengutamakan perasaan, tanpa mengira lelaki ataupun perempuan, adakalanya menjadi kelemahan dalam diri. Pada zaman Rasulullah SAW, apabila seorang wanita daripada kabilah Makhzumiah mencuri, Rasulullah SAW tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman potong tangan.


Rasulullah seorang yang lemah lembut. Namun semasa menegakkan hukum Allah, ketegasan baginda luar biasa. Baginda tidak bermain-main dengan perasaannya.


Semasa orang Quraisy meminta Usamah bin Zaid mengajukan kepada Rasulullah supaya hukuman diringankan, Rasulullah marah.


Baginda berkata, “Wahai manusia, apa yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kamu adalah apabila mereka mengetahui ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi, apabila mereka mendapati ada orang lemah yang mencuri, mereka menjatuhkan hukuman. Demi Allah SWT, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, aku memotong tangannya.” [hadis ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]


Sikap tegas Rasulullah SAW perlu ada pada para hakim supaya apabila mereka menjatuhkan hukuman, mereka tidak dimainkan oleh perasaan. Mereka tetap tegas. Hukuman perlu dijalankan tanpa mengira status dan pangkat.


Usah Bermain Dengan Perasaan!


Begitu juga yang perlu kita tetapkan dalam hati, tidak bermain dengan perasaan, sekiranya kita sedang mengalami kegagalan bercinta. Maka jangan bermain dengan perasaan!


Ini kerana, ia akan menjadikan diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik daripada dirinya, dan tiada yang mampu menggantikan kedudukannya, dan tiada yang dapat mengisi relung hati kita selain dirinya.


Begitu yang terjadi apabila perasaan memainkan peranan. Apa yang timbul adalah rasa kerdil, pandangan sempit, dan sikap-sikap yang membuatkan diri menjadi lemah dan dikasihani, seperti mengeluh, bersedih dan meratapi kegagalan.


Mari sejenak kita mengamati kisah Ummu Salamah apabila beliau kehilangan suami tercinta, iaitu Abu Salamah Al-Makhzumi. Beliau merasakan tiada orang dapat menggantikan tempat suaminya.


Apabila para pembesar daripada kalangan sahabat masuk meminang, semua pinangan ditolak.


Allah SWT tidak pernah lalai kepada janji-Nya. Doa wanita mulia itu dimakbulkan selepas Allah SWT memilih beliau sebagai seorang daripada Ummul Mukminin, apabila Rasulullah meminangnya.


Beliau akhirnya mendapat seorang pengganti yang jauh lebih baik daripada suaminya. Tidak lain tidak bukan, semulia-mulia manusia yang turut dipuji oleh Allah SWT, iaitu Rasulullah SAW.


Oleh itu, keyakinan perlu sentiasa ditanam dalam hati. Walaupun apa pun yang menimpa diri, kita perlu berlapang dada. Lihat semua masalah dengan kaca mata iman, bukan perasaan.


Ini penting kerana, ada kalanya iman dikalahkan oleh perasaan, sehingga timbul penyesalan kepada apa yang menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.


Thursday, 24 October 2013

MencintaiNYA tanpa syarat


Seringkali ku bertanya pada diri:
"Wahai Hidayah...,Mengapa kau melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kau tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?"

Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta.

Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari, cinta itu akan hilang. Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kau inginkan?

Kenapa kau tak mencuba meraih matahari cinta Allah, yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap. Tidak pernah usang, tidak hancur, dan tidak akan pernah sia-sia.

Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh.

Masa? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita meletakkan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangankan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya pun tidak mungkin.

Tahukah kau, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kau??

Hebatkan? Kita? Manusia yang hina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pembuat cinta. Kemudian kita menolak dan menjauhinya. Betapa bodohnya kita..

Kalau cinta seperti itu ditolak, cinta apa lagi yang kita harapkan?

Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita?

Cinta yang hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya.

Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila – bila dan dimanapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita mempunyai cinta dari Allah.

Adakah kita tiada niat membalas ketulusan cinta itu?



Tuesday, 22 October 2013

YA ALLAH JAGALAH CINTA KU KEPADANYA


Ya  Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.



Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa pada taat padaMu,

telah bersatu dalam dakwah padaMU,

telah berpadu dalam membela syariatMu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.

Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.

Sunday, 20 October 2013

Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?


Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.


Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Hati

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.


Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!




Muslimah....kamu cantik sekali,TAPI....

Muslimah kamu cantik tapi...

hanyalah LUARAN...,dalaman?mungkin tidak....
cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat....

Muslimah kamu cantik tapi...

kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.


Muslimah kamu cantik tapi...

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

DAPUR...jalan ke syurga untuk Wanita



Pernah tak kita dengar orang tua-tua cakap "nak ikat suami kenalah ikat dekat perut dulu"

Baru-baru ni ada kahwin sepupu ana,ibunya menasihati anaknya :

"aisyah,lepas ni kamu bukan bawah abah kamu lagi,sekarang kamu di bawah suami kamu,jaga lah suami kamu sebaik mungkin,jaga perut dia (makanan dan minuman),jaga kebajikan suami,taat kepada Allah,Rasulullah dan suami...insyaallah syurga tempatnya nanti"

____________________________________________
Melayani suami  bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.

MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri.

Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.

Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain.

Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.

Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.

kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak   memulakannya sekarang?

Selamat memburu pahala..

Tuesday, 15 October 2013

Abah....Solehahkah aku Untukmu??

Assalamualaikum
mesti ada yang pelik dengan tajuk ini kan??"Aik kenapa abah??bukan suami kah??" kita sebenarnya terlupa,selagi kita tidak berkahwin,king of our heart ialah seorang yang bergelar 'AYAH'...Jangan kita lupa ayah kita lah yang menanggung segala apa yang bersangkut paut dengan diri kita sehinggalah ke dosa-dosa kita.

Pernah tak kita bayangkan suatu hari kita dapat panggilan

kring..kring...
"hello...assalamualaikum"
"waalaikumsalam...ye nak cari sapa?"
"maaf bertanya,nurhidayah ada?saya ingin bagitau ayahnya meninggal dalam kemalangan"

Apa perasaan anda?kalau anda mendapat panggilan seperti ini?Allahu Akbar..saya yakin seperti ingin gugur jantung kita saat itu...Tanpa sempat kalian minta maaf kepadanya.Tanpa sempat kalian mendengar kata-katanya yang terakhir.

"dan ingatlah Allah tidak akan sesekali melambatkan kematian seseorang apabila telah sampai ajalnya,dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan"al-munafiqun ayat 11

Persoalannya: Adakah kita sudah menjadi anak yang soleh dan solehah untuk beliau sebagai bekalan di akhirat sana?

Suka untuk saya katakan,usah kita hanya sibuk untuk jadi soleh/solehah untuk bakal suami/isteri .Namun berusahalah dan kejarlah untuk jadi soleh dan solehah buat ibu bapa kita.

_____________________________________
Buat muslimah yang dikasihi...
ingatkan kembali diri kita...Untuk apa kita jadi solehah?Adakah untuk bakal Suami?Adakah kita lupa KEKASIH AZALI yang sering bersama kita?Ingatlah muslimah...kita hanya mempunyai satu ayah.

Percayalah wahai muslimah.Apabila kamu berusaha untuk jadi muslimah solehah untuk ayahmu.Secara automatik kamu akan menjadi solehah buat bakal rijalmu.Jangan kita menyesal di hari esok.Dimana kita akan merasa rindu untuk menyebut perkataan "ayah" kerana beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Renung-renungkan kembali





Monday, 14 October 2013

Saatnya Menunggu Lafaz Sakinah


Menjejaki usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan, soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”.

Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pasti peluh besar nak jawabnya...
Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.

Nasihat buatku juga untukmu..Bersabarlah dalam menunggu waktu bahagia kita.

Kerana sampai saatnya kita juga akan menempuhinya. Cuma bila dan di mana, sampai saatnya ini tetap menjadi rahsia Dia Yang Maha Agung kerana Dia ingin kita ‘membina’ diri kita selengkapnya sebelum menjejaki ‘alam’ yang indah itu.

Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa.

Dia ingin kita menghabiskan waktu-waktu malam kita yang sunyi dengan hanya merintih dan berkasih padaNya yang satu tanpa gangguan dari sesiapa.

Ingatkah kita tentang ayat ini :

 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar. [64:15]

Dikhuatiri sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman.

Bagaimana mahu menjadi imam, jika solat pun kita sering lengahkan?

Bagaimana mahu menjadi tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia, andai pengurusan jadual kehidupan dan diri sendiri pun masih tunggang terbalik?

Tidak cukup lagi. Ada lagi masalah emosi yang perlu dibaiki. Kehidupan berumahtangga itu menemukan antara dua jiwa. Mekah dan Madinah.

Bagaimana kita mahu bertindak menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah andai emosi diri dan pemikiran kita juga masih berada dalam tahap yang tidak bisa di kawal?

Ketap bibir.

Nak lagi?

Bagaimana pula tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim.

Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain. Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita?

Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.

Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu saat lafaz sakinah.

Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama sama si dia yang halal.

La Tahzan...^_^ Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia




Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

Aku juga seorang muslimah dan aku mengerti kepayahan muslimah...
La Tahzan..

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.

Bukalah surat cinta dariNya.Pasti akan damai hatimu.

 ” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.Allah ada.Allah tahu.

 “Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

 Dan ingatlah,

 “Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

 La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia! :)


I AM NOT SINGLE!! I AM IN RELATIONSHIP WITH ALLAH


Kerana kita sudah dikelilingi

KEKASIH HATI yang nyata lagi hakiki.


♥ ALLAH yang sentiasa WAJIB kita jadikan Cinta Pertama,

♥ RASULULLAH yang sentiasa WAJIB dirindui setiap masa,

♥ ISLAM yang sentiasa WAJIB disebar kongsi ke seluruh dunia,

♥ IBU BAPA yang sentiasa WAJIB disanjung taat dan setia hingga hujung nyawa,

♥ Kerabat KELUARGA yang sentiasa WAJIB dikasihi sedalam jiwa,

♥ SAHABAT handai yang sentiasa WAJIB disayangi sesama kita,

♥ ILMU yang sentiasa WAJIB dicari demi tuntutan agama,

♥ PEKERJAAN yang sentiasa WAJIB dilaksana Lillahi Ta`ala.


Semua itu adalah bukti bahawa kita tidak dilahirkan untuk menempuh kehidupan seorang cuma.

Lapangkan dada, bukakan minda, celikkan mata, luaskan telinga, kurangkan suara dan bersihkan jiwa.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Andai ingin Allah tunaikan apa yang kita ingini, maka janganlah kita abaikan apa yang Allah tuntuti.

Doa, Doa dan Doa. Berdoalah, jangan kita putus bicara. Subahanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar..

I Am Not Single!

Sunday, 13 October 2013

MUSLIMAH SEJATI

~Muslimah  sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi sejauh mana ia mampu menjaga tubuhnya dengan menutup aurat agar tak sembarangan orang melihatnya ..

~ Muslimah sejati bukan dilihat dari banyaknya berbuat kebaikan, namun dari keikhlasan kerana mengharap redha Allah semata ..

~ Muslimah sejati bukan dilihat dari indahnya lantunan suara, namun sejauh mana ia mampu menjaga lisan agar tak banyak orang disakiti olehnya ..

~ Muslimah sejati bukan dilihat dari baiknya mutiara kata yang ia rangkai, namun sejauh mana ia mampu menyelaraskan antara ucapan dan perbuatan ..

~ Muslimah sejati bukan dilihat dari tingginya ilmu yang dimiliki, namun sejauh mana ia mampu memanfaatkan ilmu baik untuk diri dan sesama ..

~ Muslimah sejati bukan dilihat dari banyaknya lelaki yang memuja dan mencintainya, namun sejauh mana ia mampu menjaga kehormatannya serta mempertahankan cinta sucinya hanya untuk kekasih halalnya ..

Friday, 11 October 2013

Mencari Makna Solehah

MENUJU CINTA ILAHI

.....Nak Jadi....
....Muslimah sejati itu susah....
....Mukminah tambah susah.....
....Mujahidah juga payah....
....Istiqamah lagi laa payah....

namun,susah payah itu tidak akan ku endah!!
akan ku gagah!!
akan ku tabah!!
demi mencari cinta solehah...demi ALLAH...
kerana ku yakin diakhir nanti semuanya pasti indah
yakni menang atau JANNAH...insyaallah

Tuesday, 8 October 2013

BISIKAN HATI INI....

Bila hati dijentik Ilahi,
Jiwa meragui..
Adakah ini nyata,
Atau nafsu semata..

Asal usulku bukan dr golongan ulama', jauh sekali para wali.. Aku pernah mengenal apa itu jahiliah, apa itu dosa, apa itu kemungkaran..

Tatkala hati terdetik ingin berubah, sesekali qarin menyapa, 

"Jangan2.. engkau hanya mahu nampak alim, sbb tu engkau nak pakai tudung labuh,"

 Jauh2 ku cuba tepis.. Qarin melawan lagi..

"Engkau mesti x istiqamah punya.. Labuh2 macam tu, confirm serabut.. Tambah panas lagi.. Ce kau tgk cuaca skrng ni.."

Allah..Allah..Allah...

Ku merintih sendirian.. Kuat sungguh godaan qarin ini..

Tangan kuangkat ke langit... memohon ada Yang Maha Mendengar..

"Allah.. bimbinglah hamba andai ini jalan terbaik buat hamba.."

Esok......

Allah meminjam setitik kudratNYA buat diriku.. Kukuatkan tangan menggapai sehelai tudung berwarna hitam yang siap di gosok beberapa malam lalu..

Dipadankan ke kepala... Ya Allah, qarin dtg lagi...

"Tak sesuai ngan muka kau.. Tak payah pakai.. Org dah biasa tgk kau pakai tudung bawal biasa.. If kau pakai hari ini, confirm ada mulut2 yang mengata.. percayalah.. aku banyak pengalaman.. keh3.."

'Aaahhh... aku peduli apa.. kau sibuk apehal.. tepi2..!' barangkali itulah kata hatiku saat hati sudah mulai tekad..

SIAP! Wah, ini rupanya gaya seorang muslimah.. tersenyum BANGGA.. (^_^)

Eh, Allah.. Tidak2.. aku istighfar..

Kakiku meluncur laju menuju ke kelas (waktu itu di matrikulasi)..

Pelik! Ya, ajaib sungguh hari itu!

Mana mungkin hari itu semuanya tenang dan senang2 shj..

Ilmu senang masuk,
Rakan senang di sisi,

Tiada yang payah hari itu..

Malah panas yang memancar juga tidak menitikkan walau satu peluh di tubuhku..

Aneh, bukan?

Nah, qarin! kata2mu salah! Mana ada rakan2 mengejek penampilan baruku, mana ada kerimasan dalam menutup dadaku, mana ada kepanasan dalam menuntut syariat Allah.. mana ada!! Engkau dusta! 

Tekad! Harus di istiqamahkan fesyen ini.. insyaAllah..

"Ya Allah, andai ini jalan terbaik.. bimbinglah hamba sampai ke penghujungnya.."

Ameen ya Rabb




Syukur Kini Aku Menutup Aurat

iluvislam, hijab

Wahai kaum hawa,berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna,berkorbanlah walau kalian sayang dengan baju mahal,cantik dan seumpamanya itu.Percaya dan yakinlah bahawa pengorbanan itu tidak sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti"

Memang ramai yang terfikir:


“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Dan Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan untuk berubah... Berubahlah wahai kaum hawa ke jalanNya....