Assalamualaikum... minta maaf dah lama tak update blog...bersarang sudah blog ni^^...haha...pada hari ini saya akan berkongsi ilmu yang saya baca dan saya berharap kalian akan manfaatkan ilmu ini dalam kehidupan seharian...baiklah ni adalah laman web yang saya baca tapi dalam bahasa Inggeris laa ye...saya tukang translate dalam bahasa saya sendiri ^^ http://www.wikihow.com/Become-a-Good-Muslim-Girl
Seperti yang kita sedia maklum...didalam Islam disuruh kepada perempuan untuk mengikut ajaran yang dibawa contohnya menutup aurat,menjaga maruah dan sebagainya...tetapi pada zaman moden ia bertentangan dengan fashion terkini ...Jika kamu adalah seorang MUSLIMAH yang berasa diri masih kurang ilmu agama termasuklah diri saya snediri ,tidak terlambat jika kamu semua ingin berpatah balik ke jalanNYA...
STEPS
1. PERCAYA SEMUA YANG BERLAKU DIATAS KEHENDAK ALLAH... Insyaallah,percaya dengan Allah yang akan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh kita kerana Allah bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
2. 
CARI FAKTOR YANG MENYEBABKAN KAMU AKAN JAUH DARI AGAMA. Contoh: jika penyebab adalah kawan, tinggalkan kawan tersebut
sebab kawan seperti itu tidak akan membantu kamu di Hari Kiamat...
3 .

BERHIJABLAH JIKA KAMU MAHU BERUBAH MENJADI MUSLIMAH SEJATI. Sesungguhnya
Hijab bukanlah pakaian yang menutup rambut sahaja tapi ia menjaga keseluruhan diri kita contohnya maruah,pandangan,percakapan dan hati. Subhanallah, begitu sempurna sekali Islam melindungi wanita.
4

TUNAIKAN SEMBAHYANG 5 KALI SEHARI. (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib, Isya')....sesungguhnya makanan rohani kita adalah solat...Pelajarilah makna ayat didalam solat dan jika kamu tidak memahami bacaan dalam bahasa Arab ,kamu boleh melihat terjemahan dan ambil masa kamu untuk memahami makna tersebut.
5

BACALAH AL-QURAN. Selain membaca, cuba fahami makna ayat.Membaca Al-quran boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mengetahui keindahan Islam itu sendiri.
6 PELAJARI ILMU TENTANG ISLAM.Know what you have to do (which is called 'wajib' things) and what you can't do (haram things). Bertanya kepada Ustazah atau gunakan Internet untuk mencari maklumat mengenai Islam.
7 PASTIKAN DALAM SEHARI KAMU MINIMUMKAN MASA UNTUK MELAKUKAN ISLAMIC THINGS...Contohnya 4jam (solat + Quran + islamic studies). Pastikan solat 5 waktu perlu dipatuhi ..
8

BERPAKAIAN SOPAN. Bukanlah bermaksud kamu perlu kelihatan selekeh tapi berpakaian mengikut ciri2 yang ditetapkan berlengan panjang, dan jauhkan dari memakai pakaian mengikut badan ..Ingatlah kepada diri kamu untuk menutup anggota badan kecuali muka dan tapak tangan(mazhab syafie)...
dan terdapat banyak lagi cara sebenarnya...ini adalah sebahagian yang dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan...sila lihat http://www.wikihow.com/Become-a-Good-Muslim-Girl untuk tahu dengan lebih lanjut...assalamualaikum...semoga bertemu lagi...bye2