Monday, 26 May 2014

Petua Awet Muda dan Wajah Berseri

Assalamualaikum semua^^
Hari saya nak berkongsi petua awet muda...hehe...Lumrah bagi wanita ialah untuk menjadi cantik tanpa mengira umur...kata pepatah Inggeris,' look great at your age'...petua yang saya bagi ni saya turut mengamalkannya untuk kekal cantik di awal usia 20 tahun

 Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.


Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38
                          

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Tuesday, 20 May 2014

My Target " Become A Good Muslim Girl"...

Assalamualaikum... minta maaf dah lama tak update blog...bersarang sudah blog ni^^...haha...pada hari ini saya akan berkongsi ilmu yang saya baca dan saya berharap kalian akan manfaatkan ilmu ini dalam kehidupan seharian...baiklah ni adalah laman web yang saya baca tapi dalam bahasa Inggeris laa ye...saya tukang translate dalam bahasa saya sendiri ^^ http://www.wikihow.com/Become-a-Good-Muslim-Girl

Seperti yang kita sedia maklum...didalam Islam disuruh kepada perempuan untuk mengikut ajaran yang dibawa contohnya menutup aurat,menjaga maruah dan sebagainya...tetapi pada zaman moden ia bertentangan dengan fashion terkini ...Jika kamu adalah seorang MUSLIMAH yang berasa diri masih kurang ilmu agama termasuklah diri saya snediri ,tidak terlambat jika kamu semua ingin berpatah balik ke jalanNYA...

STEPS

1. PERCAYA SEMUA YANG BERLAKU DIATAS KEHENDAK ALLAH... Insyaallah,percaya dengan Allah yang akan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh kita kerana Allah bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

2.                                      
CARI FAKTOR YANG MENYEBABKAN KAMU AKAN JAUH DARI AGAMA. Contoh: jika penyebab adalah kawan, tinggalkan kawan tersebut sebab kawan seperti itu tidak akan membantu kamu di Hari Kiamat...

3                                      .
BERHIJABLAH JIKA KAMU MAHU BERUBAH MENJADI MUSLIMAH SEJATI. Sesungguhnya Hijab bukanlah pakaian yang menutup rambut sahaja tapi ia menjaga keseluruhan diri kita contohnya maruah,pandangan,percakapan dan hati. Subhanallah, begitu sempurna sekali Islam melindungi wanita.

4                                      
TUNAIKAN SEMBAHYANG 5 KALI SEHARI. (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib, Isya')....sesungguhnya makanan rohani kita adalah solat...Pelajarilah makna ayat didalam solat dan jika kamu tidak memahami bacaan dalam bahasa Arab ,kamu boleh melihat terjemahan dan ambil masa kamu untuk memahami makna tersebut.

5                                           
BACALAH AL-QURAN. Selain membaca, cuba fahami makna ayat.Membaca Al-quran boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mengetahui keindahan Islam itu sendiri.

6 PELAJARI ILMU TENTANG ISLAM.Know what you have to do (which is called 'wajib' things) and what you can't do (haram things). Bertanya kepada Ustazah atau gunakan Internet untuk mencari maklumat mengenai Islam.

7 PASTIKAN DALAM SEHARI KAMU MINIMUMKAN MASA UNTUK MELAKUKAN ISLAMIC THINGS...Contohnya 4jam (solat + Quran + islamic studies). Pastikan solat 5 waktu perlu dipatuhi ..

8                            Become a Good Muslim Girl Step 8.jpg
BERPAKAIAN SOPAN. Bukanlah bermaksud kamu perlu kelihatan selekeh tapi berpakaian mengikut ciri2 yang ditetapkan berlengan panjang, dan jauhkan dari memakai pakaian mengikut badan ..Ingatlah kepada diri kamu untuk menutup anggota badan kecuali muka dan tapak tangan(mazhab syafie)...

dan terdapat banyak lagi cara sebenarnya...ini adalah sebahagian yang dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan...sila lihat http://www.wikihow.com/Become-a-Good-Muslim-Girl untuk tahu dengan lebih lanjut...assalamualaikum...semoga bertemu lagi...bye2

    Saturday, 18 January 2014

    LISTEN! i want to share something...take note


    Sahabatku...
    Jika dirimu ingin berubah...tekadkanlah niat...n lakukan....
    Insyaallah Allah akan menolongmu sahabatku...
    Sama-sama kita tolong-menolong dalam melakukan perubahan...
    Sama-sama kita merasa susah senang bersama...
    hehehe...

    Saturday, 11 January 2014

    AKU YANG INGIN BERTUDUNG LABUH

    Bismillahirrohmanirrohim...



    Alhamdulillah.... syukur atas segala nikmat kurnianNya.... alhamdulillah... lebih terurus dan tersusun setelah segala tanggungjawab selesai di tunaikan... Terima Kasih Allah....

    Entry kali ni hamba nak sentuh mengenai tudung... tudung bukan sebarang tudung... bukan tudung ikin, arini, atau tudung bawal atau yang sama waktu dengannya... tetapi tudung labuh... bukan nak menjual atau mempromote apa2 tetapi sekadar cetusan minda hamba yang hina ini... Senang cakap, sebuah perkongsian berdasarkan pengamatan dalam kehidupan hamba dan rakan2...


    Teringin tapi Tak Mampu

    Apabila kita bercampur dengan ramai orang, berbincang dan bertukar2 idea, ada yang menyatakan hasrat suci mereka pada Hamba,

    "Saya teringin sangat nak pakai tuduk labuh macam awak..."

    "tapi........................."

    Ada pulak tapinya.... Hmmmm.....

    Alhamdulillah, Allah buka hati mereka untuk suka akan tudung labuh... Namun, ada yang teragak2 atau berkira2 nak pakai atau tak... ada yang mengatakan tak kuat nak pakai, takut ada yang mengata, takut keluarga tidak setuju dan sebagainya.... Banyak kali hamba jumpa kes2 macam ni... Mungkin anda yang membacanya juga salah seorang daripada mereka... teringin..... Tapi ber"tapi".....

    Duhai akhowat yang hamba sayangi, sedarlah, bersyukurlah dikurniakan rasa begitu... syukur kerana Allah masih bagi nikmat suka nak bertudung.. Bertudung labuh pula tu.... ada saudara kita yang benci pada tudung... tengok tudung je dah menyampah... Orang Islam tu.... Nasihat hamba, teruskan niat suci itu... teruskan dan teruskan.... Usah peduli apa kata orang... Yang penting, Apa yang Allah kata... Pandangan Allah itu yang utama... Ingat tu... Manusia apa ada??? Yang punya segalanya dan yang perlu ditakuti hanya Allah....

    Mungkin ada yang mengatakan

    " cakap senang la, cube awak ditempat saya.... "

    ni jawpan hamba bagi yang bersoalan macam tu...

    "Awak.... Saye nak cakap ni, saye dulu pun macam awak jugak terigin tapi ber"tapi"... Dulu, tudung saya biasa2 je... saye dulu pun tak macam saye yang sekarang yang awak kenal ni(bagi yang mengenali diri hamba)... Mase tu, Saya teringin sangat nak pakai tudung labuh... saya mula dengan tudung sekolah..Lepas tu dengan tudung2 yang lain.. Walaupun saya kelas Aliran Agama, tapi tak pakai tudung labuh... tudung biasa2 je... Bila dah form 4, mase tu dah tak de KAA dah, baru dapat pakai... Alhamdulillah... Dan kekal sampai sekarang... Doakan saya terus istiqamah...."

    terima kasih Allah...

    "Awak, mase mula2 nak pakai tudung labuh tu, terlintas jugak, apa kawan2 kata nanti... Yela, tetiba je tukar penampilan.. nanti dikatakan buang tabiat pulak.....tapi Alhamdulillah... Once dah pakai tudung labuh, saya tak pandang dah tudung biasa... Selesa sangat wak.... bila kadang2 terpaksa pakai tudung biasa, rasa lapang semacam je.. Macam tak pakai tudung... tudung2 yang lama bagi dekat adik... tudung tu cukup besar untuk die... ibaratnya, tudung labuh untuk dia... Nikmatnya bertudung labuh, Allah je yang tahu... Alhamdulillah... Awak cubalah... Saya yakin awak akan rasa manisnya..."

    Terima kasih Allah....


    Ayuh, Berubahlah...

    Tanya diri anda;

    Jika bukan sekarang bila???

    Jika bukan disini, dimana???



    Duhai akhowat,

    Berubahlah selagi rasa ingin berubah itu masih ada... sementara ia masih dianugerahkan Allah... sebelum Allah mencabutnya kembali dari hati anda... Usah peduli dengan momokan atau suara sumbang yang berkisar disekitar anda... Jika ada yang mengatakan usah hipokrit, ini soalan hamba,

    "Hipokritkah bila ingin menutup aurat, menjaga maruah, menjaga amanah yang Allah berikan pada kita??? Hipokritkah bila kita mahu berubah kearah yang lebih baik??? Hipokritkah???"

    Jika ada yang mengatakan dia tidak layak bertudung labuh, ini kata2 hamba,

    "tak layak atau tak nak???"

    Kita bukan sesiapa untuk menentukan sama ada orang tersebut layak atau tidak... tidak ada hukum pun yang menyatakan hanya orang2 yang tertentu sahaja yang boleh bertudung labuh... Semua umat Islam boleh bertudung labuh dan tiada sesiapa yang berhak mempersoalkannya... Ingat saudaraku, tubuh badan kita tanggungjawab kita... Tutuplah auratmu dengan sesempurna mungkin... Jagalah ia...

    Hanya diri kita yang mampu melakukan perubahan itu... orang lain hanya bisa memberi nasihat, selebihnya ditangan kita... Buatlah pilian anda dengan bijak sementara masa masih ada... Fikir2kanlah....

    Moga dengan tudung yang labuh tersebut menjadikan kita seorang muslimah yang tahu erti malu, yang tahu menjaga maruah diri, yang tahu menjaga ikhtilat, dan yang paling penting, mendekatkan kita dengan pencipta kita....

    p/s: bagi mereka yang bertudung, pastikan tudung anda tidak jarang dan melepasi paras dada... sama2 kita semak diri....