Wednesday, 18 September 2013

AKHIRAT

Assalamualaikum....
hari nak cerita ap ye??cri idea jap...hmm...okey ana nak cerita pasal ayat yg ana jumpa kat facebook ana....sedap sangat ayat tu,sampai ana kembali lihat sendiri diri ana...

tersentap sekejap...Ya Allah,kami berdoa kepadaMu...jika kami lalai dalam membuat perkara yang lagha,KAU sedarkan kami tentang akhirat...amin~

Wednesday, 11 September 2013

BUATLAH APA YANG KAMU TELAH KATAKAN...

Assalamualaikum....
Ya Allah rindunya dekat blog ana^^....maaf ana terlalu banyak assignment dan test yang ana kena buat...subjek untuk semester ni boleh tahan 'tough'nye ....hahaha....dalam sehari boleh ada dalam tiga test sekaligus...fuh =='' dasyat x? hahaha...belum lagi ditambah assignment...

btw....berkaitan dengan tajuk "BUATLAH APA YANG KAMU TELAH KATAKAN"
sebenarnya ana dah lama nak tulis berkaitan dengan tajuk ni...tapi cuma xde idea nak buat macam mana...so dah dapat idea bole laa ana kongsi...

Berkaitan dengan nasihat hamba Allah
"Wanita solehah tidak akan membiarkan nama lelaki ajnabi meniti di bibir mereka"
Note to myself!!!
saudari...ana bukanlah orang yang terbaik untuk menegur...bahkan ana laa yang paling banyak kekurangan...tapi saudari bukankah lebih elok kalo saudari mengikuti sepertima mana yang saudari tulis...bukankah itu lebih afdhal?

Baiklah...setakat ini dulu ye^^bubye...assalamualaikum

Wednesday, 4 September 2013

Lapangkan hatimu dengan TAUBAT

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa menyesal dengan dosa??ATAU kita rasa tidak ada dan pernah mengucapkan  "AKU ADA BUAT DOSA KE??"...

Jika terasa menyesal,itu petanda iman masih ada..Sebaliknya jika dosa tidak memberi kesan apa-apa dan kita bergembira dengan dosa tersebut...itu petanda hati kita perlukan ubatnya...Nauzubillahiminzalik...moga-moga ana dan juga antum sentiasa ingat kita merupakan makhluk Allah yang seringkali khilaf dan sering melakukan kesalahan...



Mama ana sering berpesan pada ana:
"Nak senang dapat ilmu bukan mudah...bersihkan hati dulu...banyakkan beristighfar...jangan buat maksiat...solat malam jangan lupa...insyaallah ilmu kekal dalam jiwa..."

Sebenarnya kita tahu semua tu...tapi hati kita perlukan nasihat untuk mengingatkan kita...hati perlu disirami setiap hari,dibaja dan disemai agar ia dapat tumbuh dengan elok...
Jadi, ana dengan rendah hati ingin mengingatkan anda semua dan juga diri ana agar selalu lakukan istighfar,buat list sebelum tidur (senaraikan segala perbuatan kita pada hari ini dan bandingkan kita banyak buat perkara baik atau sebaliknya)...setakat ni dulu dari ana^^...maaf ana ada hal nak buat,lain kali insyaallah ana buat diary lagi ye...salam alaik...adios...huhu
384444_251661714890184_169516276438062_761233_1621754874_n



Monday, 2 September 2013

Student Degree masuk UniSZA??

Assalamualaikum semua...
Ana nak cerita tentang kemasukan student2 degree di universiti ana...roomate ana Fyza, die merupakan biro protokol, die cerita dekat ana tentang kemasukan student2 degree...
dia kata:
" Yaya,cuba kau bayangkan betapa penuhnya dewan...kemasukan degree masuk je hari ni dah mencapai 2500 orang student...,first time kemasukan student di unisza sekaligus masuk 2500 orang...Ya Allah ramainya laa..."
hahaha....bagi ana tak pe laa meriah sikit unisza ni,sunyi je unisza ni senior degree balik rumah...
oh ye yang menjadi kerisauan kami pelajar diploma...dah tentu laa
1.line wifi jadi ciput
2.cafe mesti penuh dengan orang
3 kelas diambil dan kami akan kata "Ni kelas korang ke?"
....hahahaha....lawak2
*oh ye lupa nak bagitau...YAYA juga merupakan nama sampingan diri ana...
_______________________________________
balik dari LIBRARY^^

student degree yang baru masuk  pulang dari Minggu Mesra Siswa...ana serta kawan-kawan ana (haziqah dan solehah) terkejut dengan begitu ramainya student2 degree yang berpusu-pusu untuk pergi ke cafe ...Alamak!!! mesti penuh cafe laa nampaknya...
Sampai je kami dekat cafe...Ya Allah penuhnya cafe
doa kami "Minta-minta laa jangan makanan habis,kalo habis nak buka pose ni nak makan apa??"
Alhamdulillah...makanan tak habis lagi...
begitu laa ceritanya...tamat sudah...seronok sebenarnya kita tengok orang masuk ke universiti...terpampang kegembiraan di wajah ibu bapa....mungkin masa ana masuk unisza pun mesti ibu bapa ana bangga dengan ana...insyaallah...doakan ana semoga berjaya dunia dan akhirat ye...ana janji akan bagi kegembiraan pada kedua ibu bapa ana...amin